fbpx

Sitetify Blog

E-commerce

Bagaimana untuk memulakan perniagaan E-Commerce di Malaysia?

Seperti yang kita ketahui bahawa pengaruh dan impak Internet berkembang dengan pesat, dan sekarang adalah  benar-benar masa yang sesuai untuk pemilik perniagaan kecil-kecilan untuk merebut peluang ini! Tidak pernah terlambat untuk memulakan perniagaan E-commerce pertama anda di Malaysia dan bahkan mungkin mengembangkannya di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, langkah pertama adalah sentiasa bahagian yang paling sukar. Mahu memulakan perniagaan E-commerce anda tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan? Sebenarnya, ia tidak seberapa susah yang anda fikirkan. Kami akan menunjukkan kaedah yang sangat mudah namun berkesan!

Mari kita lihat betapa mudahnya bagi anda untuk memiliki perniagaan impian anda.

 

 

1. Pilih produk anda & Buat imej jenama anda

Produk: Ini adalah bahagian yang paling mencabar  apabila kita mahu memulakan perniagaan dalam talian . Setiap produk hebat bermula dengan idea, jadi mulailah brainstorming pada setiap idea yang mungkin anda fikirkan. Kemudian, senaraikan semua idea anda dan ketahui niche setiap produk dan bagaimana ia menjadi penyelesaian yang baik untuk keperluan pelanggan.

Jenama: Semua orang perlu mempunyai penjenamaan sendiri di pasaran untuk membuatkan pelanggan mengenali anda dan menjadi pelanggan setia setelah mendapat pengalaman membeli pertama dari anda  . Oleh itu, mewujudkan jenama anda sendiri adalah langkah pertama dan paling penting untuk menentukan kedudukan anda di pasaran.

2. Cari perkhidmatan E-commerce tempatan untuk membina laman web anda

Perkhidmatan E-commerce  : Cari syarikat yang menyediakan perkhidmatan membina laman web E-commerce untuk membantu anda membina laman web anda .

Platform E-commerce tempatan: Mengapa tempatan anda bertanya? Salah satu kelebihan untuk menggunakan pembekal e-dagang yang dihoskan secara tempatan ialah anda akan mendapat sokongan dalam menyelesaikan sebarang masalah. Dan adalah baik untuk mengetahui bahawa anda sentiasa mempunyai seseorang yang membimbing anda setiap langkah.

 

Perniagaan yang kecil boleh nampak besar apabila di internet , jika menggunakan cara yang betul – Steve Jobs

 

3. Memperkenalkan website E-commerce  ke media sosial anda

Apabila orang bercakap mengenai perniagaan dalam talian, mereka akan memikirkan menjual di media sosial sebagai platform pertama mereka untuk bermula. Walau bagaimanapun, ini bukan cara yang tepat untuk memulakan perniagaan dalam talian anda. Cara yang betul ialah anda mesti mempunyai kedai dalam talian anda sendiri dan menghubungkannya ke semua profil media sosial anda. Dengan cara ini, anda boleh membawa trafik ke laman web anda.

Jika ada mahir menggunakan platform iklan seperti faceboook Ads , Instagram Ads , Gooogle Ads , Email Marketing , ianya sangat membantu dan membuatkan website akan lagi cepat menerima trafik dan mungkin mendapatkan sales .

 

  • Share:

Leave a Comment

sing in to post your comment or sign-up if you don't have any account.