fbpx

Sitetify Blog

E-commerce

5 perkara anda perlu sediakan sebelum ingin mempunyai website ecommerce

Sebelum anda  ingin mempunyai website ecommerce , anda wajib mempunyai 5 pekara tersebut kerana tanpa 5 perkara tersebut website ecommerce anda tidak lengkap .

 1-Logo Syarikat/brand

Logo anda mestilah sekurang-kurangnya bersaiz 300px X 90px untuk yang memanjang . Untuk yang segi tepat 90px X 90px .  Format logo anda mestilah dalam format PNG .

 2-Nama Domain

Nama domain adalah nama bagi website anda . Contoh www.lazada.com ,  satu nama cuma boleh dimiliki oleh seorang sahaja . Anda boleh check nama domain anda di “ link domain checker “ jika masih available atau tidak .

Kami sarankan supaya anda mengguna domain berakhir .com . Jika anda ingin menggunakan .com.my atau .my anda perlu sediakan sijil SSM anda bgi .com.my dan IC anda bgi .my

Jika anda bina website ecommerce bersama Sitetify , anda akan dapat domain name (.com) percuma setahun .

3-Web Hosting

Web hosting adalah tempat menyimpan data website anda . Ia berfungsi seperti hard disk memory di laptop/pc anda . Website anda perlukan web hosting ini untuk terus online di internet .

Jika anda bina website ecommerce bersama sitetify , Web hosting memang sudah di sediakan . Anda tidak perlu fikir lagi mengenai masalah web hosting

4-Produk

Produk yang anda ingin jual di dalam website ecommerce mestilah produk yang boleh di post menggunakan mana-mana courier servis di malaysia seperti Postlaju , DHL , dan lain lain .

Produk anda mestilah tidak melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapan oleh setiap courier servis di malaysia . Anda boleh periksa setiap peraturan di website setiap courier yang anda ingin gunakan untuk post produk anda .

5-Akaun Bank Company ( Current Account )

Anda mestilah memiliki akaun bank yang didaftarkan menggunakan syarikat anda . Ini kerana semua payment gateway di malaysia memerlukan “ current account “ untuk membolehkan anda mendaftar dan menggunakan servis payment gateway servis mereka .

Di malaysia , terdapat beberapa payment gateway seperti  Ipay88 , Molpay . SenangPay , Billplz dan lain-lain  .

Website ecommerce memerlukan payment gateway untuk menerima bayaran dan membolehkan pelanggan membuat pembayaran .

  • Share:

3 Comments

Muhammad daeng adzli bin muhammad ali
July 7, 2019 At 9:41 am

Boleh terangkan lebih lanjut tak macam mana nak mendaftar?

    Admin
    July 29, 2019 At 1:03 pm

    Boleh whatsapp kami 0145478501

haikal fazli
October 26, 2019 At 4:42 pm

Macam mana nak daftar

Leave a Comment

sing in to post your comment or sign-up if you don't have any account.