fbpx

Sitetify Blog

Branding

8 cara pilih nama domain bisnes anda dengan betul

Di internet, nama domain atau”domain name” adalah nama perniagaan anda . Jadi pastikan anda memilih nama domain yang betul dan sesuai kerana ia melambangkan perniagaan dan jenama anda. Disini saya ingin kongsikan beberapa tips bagi memilih nama domain yang sesuai.

 

1- Nama yang sesuai dengan perniagaan anda

Nama domain seeloknya sesuai dengan perniagaan anda contohnya anda memiliki perniagaan batik dari terengganu maka nama domain yang sesuai adalah BatikTerengganu.com atau BatikPilihan.com.

Sekiranya anda telah mempunyai perniagaan yang berdaftar, anda boleh membeli nama domain sama seperti nama perniagaan anda contohnya Maju Batik Enterprise anda boleh memilih nama MajuBatik.com

 

2) Dapatkan Domain .Com

Sebolehnya dapatkan domain yang berakhir dengan .Com atau .Com.My (bagi perniagaan di Malaysia). Nama domain boleh didapati dengan akhiran .Com .Net .

Org dan berbagai akhiran lain namun yang popular dan paling sesuai untuk perniagaan adalah .Com atau .Com.My. Antara faktor utama adalah .

Com dianggap nama domain yang biasa dilihat dan dikenali berbanding .Net .Org dan sebagainya. Tentu anda jarang melihat jenama-jenama popular menggunakan nama domain .Net dan .Org bukan?

Bagi perniagaan dengan pasaran di Malaysia, pastikan anda menggunakan domain .Com.My atau .My kerana ia lebih sesuai dan paling utama ia memudahkan anda untuk mendapat “rank” atau kedudukan terbaik di “search engine” seperti Google dan Yahoo

 

3- Mudah di Sebut dan Di Eja

Elakkan mengguna nama yang sukar di eja ,perkara ini amat penting kerana akan memudahkan pengunjung menemui anda apabila mereka mencarinya di internet.

Sekiranya nama perniagaan anda Perusahaan Maju Batik Sdn Bhd maka nama sesuai adalah MajuBatik.Com sahaja. Pastikan nama domain mudah dieja dan mengandungi perkataan mudah untuk mengelakkan dari di salah taip.

 

 

4-Pendek dan Mudah Diingati

Tidak perlulah nama domain yang panjang seperti SalonKecantikanIndra JayaEnterprise.com, cukup sekadar SalonKecantikan.Com sahaja.. kan mudah untuk di ingat:)

 

5- Elakkan Guna Nombor

Kebelakangan ini saya lihat ada yang menggunakan nombor untuk nama domain seperti Jimat4U.com, MegaTrend2U dan sebagainya,

memang ia nampak cantik dan pendek tetapi menyukarkan untuk di eja dan kemungkinan tersilap amat besar seperti Jimat4U mungkin JimatForU.Com atau JimatForYou.Com

 

6- Jangan Gunakan Nama berdaftar @Copyright atau Brand

Pastikan anda tidak membeli nama domain yang mengandungi Jenama Berdaftar seperti Toyota, Nike, Adidas dan sebagainya kerana ia menyalahi akta hakcipta dan nama domain tersebut boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

 

Nama domain website anda , adalah brand bisnes anda , Hati-hati memilih

7-Jangan Terikut dengan Trend

Jadikan nama domain anda unik dan tidak terikut-ikut dengan trend semasa contohnya dengan menambah 2u.com seperti Jimat2U.com, Kaseh2u.com dan sebagainya.

Dengan menggunakan domain seperti ini anda dilihat seperti menumpang populariti sesaorang dan seolah-olah tiada identiti tersendiri. Tak cool lah kan?

 

8- Dapatkan Secepat Mungkin

Nama domain ini ibarat emas bagi yang mengetahuinya dan sekali terlepas, anda tidak akan mendapatnya lagi atau terpaksa dibeli dengan harga yang mahal.

Anda tentu tidak mahu nama perniagaan anda yang “cantik” telah dibeli oleh pihak lain bukan.

  • Share:

Leave a Comment

sing in to post your comment or sign-up if you don't have any account.